Info Braces

Nak kongsi sikit pasal braces, siapa yang berhajat nak pakai braces meh Bie ok habaq kat hangpa...haha... siap kuaq loghat utara...

braces
sebelum itu yang kat atas nie adalah screenshot entri tahun lepas sampai kehari ini entri nih masih hangat pengunjung cari. Sebab itu diri ini terpanggil nak kongsi serba sedikit mengenai braces. Iyelah buat apa nak kedekut sharing is caring hehehehe....

ok fyi, Bie pakai braces pada tahun lepas pada 9julai2013 tak sampai setahun dah ada nampak perubahan stuktur gigi teratur..gigi Bie sebelum ini taklah bertabur sangat pun cuma sengit sikit je nak juga pakai braces hehe kemungkinan gigi tak berapa teruk sangat gigi pun cepat pergerakannya. Tahun lepas hanya braces bahagian atas, bahagian bawah belum lagi pakai harap2 tahun ini hehe wahhh tak sabar nak pakai!!Tapi mesti kena operation sebab gigi gerham bongsu tak tumbuh lagi...itu nanti bila dah kena operation baru Bie kongsikan.

Pengalaman pakai braces langsung tak sakit apa2 walaupun kekadang terasa sengal ngilu sikit je tapi depends dengan keadaan gigi korang macamane sesetengah individu akan merasa sakit sampai boleh demam dan ada pulak tak sakit apa2 contoh Bie sendiri.

Untuk pengetahuan korang, kos pembiayaan hanya B$300 je jangan pulak korang hairan kenapa murah sangat tak sampai ribu ringgit sebab Bie buat kat Brunei that why tak sampai cecah ribuan ringgit.
Mengenai turn bila nak pakai ini yang lenguh tunggu biasalah buat kat hospital kerajaan memang lama BEBENOR prosesnya!!
Apa yang harus buat.....(tip nie Bie yang buat paling penting jangan malu hahaha)
**Kena datang kerap kali tanya bila turn saya nak kena pakai kalau dibiarkan tak tanya alamatnya betahun2 kena tunggu**

Mengenai bayaran adakah perlu bayar B$300 sekaligus ker tak?
okey nie pun depends keadaan doktor juga, Pengalaman Bie sendiri hanya perlu bayar B$150 next braces untuk bahagian bawahnya pulak baru bayar B$150 so kira Bie bertuah dapat Dr Jackie hehehe sebabnya ada cita dorang awal2 lagi kena cash B$300 sekaligus walaupun hanya pakai braces gigi atas.

Penjagaan perlu dititik beratkan apa yang perlu dibuat kena rajin berus gigi tiap kali paling penting tiap kali jumpa doktor jangan malas nak kasi doktor yang bersihkan nanti bibir akan membengkak dah macam kena botox hehehe pasalnya masa Bie tengah tunggu turn ada patient kat dalam bilik doktor tengah kena bersih memang terasa ngilu teramat2 walaupun hanya tengok sampai kaki orang tu terangkat.
SO PASTIKAN
*setiap kali selepas makan mesti berus gigi
*walau makan kat luar sekalipun kena bekal berus gigi, colgate total 12 dan listerine natural green tea.
Ini adalah salah satu rutin disiplin bila dah pakai braces.

Step by step yang harus diketahui apabila hendak memakai braces..
1). Jumpa orthodontic untuk pertama kali.
2). Korang akan dikerah untuk xray gigi iaitu OPG dan Lateral Ceph.
3). Selesai xray doktor akan buat acuan gigi korang.
4). Nie yang tak boleh nak escape walauapapun kena juga cabut gigi ini depends berapa batang gigi kena cabut untuk mempermudahkan pergerakkan gigi tersusun cantik walaupun gigi yang dicabut masih elok.
5). Seminggu cabut gigi, masa untuk pasang getah aka separator yang akan diselitkan dicelah2 gigi gerham. Benda nie tak menyakitkan cuma tak selesa.
6). Dah seminggu pakai separator, separator akan dicabut dan masanielah waktu memakai braces. Yehhhh...

Itu je step yang akan korang lakukan....

Entri tahun lepas, korang klik je kat bawah nie

1).Dental Appointment: Before Braces

2).Outpatient: Cabut Gigi Before Braces

3).Getah Aka Separator Braces

4).Braces Time

2tahun baru boleh buka braces.. #happy #braces

2 comments:

  1. tengah menunggu turn kat klinik kerajaan..lama bebenor...bestnya gigi dia dah nak cantik..

    ReplyDelete
  2. mmg lama bebenor nak kena tunggu.....yehhh ttp setia menunggu wlaupun seksa haha

    ReplyDelete

My Ping in TotalPing.com Add to Google Reader Or Homepage Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net